Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pusat Penjagaan Haiwan "Yatim" Di Fukushima



Selepas berlakunya kebocoran di Loji Nuklear Fukushima akibat Tsunami tahun lalu, kawasan didalam lingkungan 20km reaktor nuklear ini dikosongkan dengan segera. Penduduk yang terjejas hanya dibenarkan mengambil barang keperluan penting. Akibatnya banyak binatang peliharaan dan ternakan terpaksa ditinggalkan. Oleh sebab itu hali United Kennel Club Japan melakukan kerja sukarelawan menyelamatkan haiwan-haiwan ini dari terbiar dan mati. Malangnya tak semua haiwan yang berjaya diselamatkan mereka hidup. Ada yang mati kerana sudah terlalu lama tidak makan. Ada juga yang mati akibat terkena radiasi

Yang menyentuh hati ialah pihak UKC Japan membakar jasad haiwan yang mereka selamatkan sebelum dikebumikan dengan penuh istiadat Shinto. Debu haiwan yang mati dipek didalam beg macam debu manusia. I find this very menyentuh perasaan. Japan.... awesome! Haiwan mati terbiarpun dilayan dengan penuh hormat. RESPECT!





Laporan asal REUTERS

Recopy from: Blog Serius

0 comments:

Post a Comment

Post A Comment Using Facebook Account

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...